Kami decide gerak pagi sebab apa? Sebab takut kena marah dengan ma'am balik malam-malam. Hahaha. Aku pun memandu kereta dengan selamat. Kerana kereta yang aku pandu tu bukan kereta aku! Kereta member aku ni ha. Sebab apa aku yang pandu? Sebab dia tak berani lagi nak drive jauh-jauh. Haa. Kiranya aku ni macam penyelamat dialah kan. (Berangan)
Semasa aku memandu tu, aku pun bertanya kat member aku sorang ni. "Kita nak kemana ni?" Dia pun cakap dia tak tahu. Alamak! Aku pun suggest nak ke The Curve nak tengok movie lah. She said okay!
Sesampainya kami di destinasi. Dengan pantasnya kami menuju ke kaunter membeli tiket movie "Adnan Sempit 2". Dengan cepat-cepat aku mengeluarkan purse untuk membayar tapi ! secepat-cepat aku, member aku ni lagi cepat! Eh! Dia bayarkan untuk aku sekali lah! Aku pun dengan segannya hulurkn duit kat dia. Tapi she say, "Aku yang ajak kau keluar kan? So, aku lah yang patut belanja kau" Heheh. Malu dibuatnya.

Sementara menunggu tiba pada waktunya, kami pun decide to lunch first. Lunch kat Mcd! Yeay! Banyak gak kami cit cat kat situ. Terlepas rindu setelah lama tak jumpa dia. Lalala~
Dah pukul 2:00pm! Let's go babe! Adnan time! Hahaha! Dalam wayang tu kami tak pernah berhenti gelak sebab cerita tu betul-betul holiaw! Dah 2 jam kami kat dalam wayang tu, movie pun dah habis.
Then, member aku ni tanya aku "Kita nak kemana lagi ni weh" and i said "Jom tengok-tengok baju?" she said "okay". Yeay! Oh my! Ada baju jualan murah! Tapi sayangnya tiada yang berkenan dihati pun. Dan kami meneruskan perjalanan dari kedai ke kedai. Member aku ni pun tiba-tiba menghilangkan diri dalam satu kedai dan terus menyambar satu baju then terus bayar! Gila lah dia! Tak test dulu ke? Then she said "Baju murah je" Aku pun senyum jela.
Haa. Inilah baju yang dimaksudkan. :p
Dah selesai beli baju dia, aku pun carilah baju satin yang tengah glamour sekarang ni.( Glamour ke) Dah jenuh aku tengok-tengok, sampailah aku ternampak 1 baju ni! Alahai, lawanya. Sukanya nyah! First aku tengok adalah harga dia. Mak aih! Hrga kau! Menakutkan.. Tengok-tengok ada 50% lah. Tetap tak mengubah apa-apa. Iaitu aku TARAK ADA DUIT ! Sampailah member aku menawarkan dirinya untuk guna duit dia dulu dengan harapan yang aku akan memulangkan kembali duit dia tu. Wah! Dengan cepatnya aku setuju dan berjanji akan memulangkannya nanti! Terima kasih!
Ni lah Aleen. Member aku yang baik hati. (Bodek)
Akhirnya kami dapat pulang sebelum maghrib! Yeay! Misi kami berjaya. Jadi anak yang taat. Poyo je aku ni kan. Inilah rutin aku masa cuti ni. Itu je yang aku dapat kongsi dengan korang. Assalamualaikum. :)